Welcome to LEhan official blog ! Thanks for visit my blog . Please leave your comment at my shoutbox :)

Follower

KALOIRIANS :)

Bismillahirrahmanirrahim..
First sekali, aku buat entry ni khas ditujukan kepada Kaloirians. Kepada yang sudi membaca tu. Terima kasih diucapkan. Entry kali ini dibuat sebagai peringatan atas apa yang telah kita lalui bersma selama ini. Aku buat post ni ikhlas buat korang semua. Tatap jika rindu wahai sahabat. Sedikit coretan perjalanan hidup kita aku tuliskan agar ia menjadi kenangan terindah buat kita.


Buat semua sahabatku, terima kasih kerna sudi menjadi peneman hidupku, penghapus dukaku. Tanpa korang aku rasa aku tak mampu untuk berdiri disini. Tanpa korang, aku bukan siapa siapa. Jangan pernah lupa apa yang kita dah lalui. Jangan pernah lupa apa yang kita dah hadapi bersama. Susah senang kita bersama. Allah dah uji kita semua dengan pelbagai ujian. Tapi lihat harini, kita masih mampu bersatu berdiri utuh. Kerana apa? Ukhwah antara kita terlalu kuat untuk dileraikan sahabatku. Jangan pernah lupa pada aku wahai semua. Aku tahu aku tak mampu untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian semua. Maafkan aku. Maafkan aku tidak dapat membantumu dikala kalian susah. Maafkan aku. 

Disini aku selitkan gambar kenangan antara kita semua






Aku harap hubungan antara kita takkan terpisah walau seinci pun. Aku tak pernah ada sahabat yang terbaik macam korang. Korang semua sahabat sejati aku..



Buat Iemran & Capit, aku akan rindui saat kita lepak sama sama dekat bilik korang. Korang berdua lah tempat aku luahkan segalanya. Korang housemate aku yang terbaik. Korang tempat aku mengadu segala masalah yang aku ada. Terima kasih atas segalanya kawann. Iemran, kita berjumpa kat toilet bukan secara tidak sengaja Iemran. Semua itu telah diatur buat kita berdua. Aku takkan lupa bila kita kena potong rambut sama sama. Aku takkan lupa nickname kau " ROCKSTAR " " HOTSTUFF " Capit, terima kasih sudi jadi pendengar setia aku. Pada kau lah aku luahkan segala masalah aku. Terutamanya masalah cinta. Thanks kawan. Kau amat memahami aku, kau tahu apa yang aku rasa. Thanks atas segalanya korang.



Buat Kimie & Wazir, thanks doh sebab sudi terima aku sebagai sahabat korang. Walaupun aku tak banyak membantu bila korang dalam kesusahan. Aku takkan lupa kita main futsal sama sama. Koranglah teman yang selalu hiburkan hati aku bila aku dalam kedukaan. Kimie, aku takkan lupa kan tagline kita bila each other dapat gol. Aku takkan lupa semua tu Kimie. Aku takkan lupa rambut belah tengah ala ala amri yahyah kau tu.. Aku takkan lupa panggilan yang kau bg time kita main futsal "Captain" Aku takkan lupa ayat kau "Captain taknak main aku taknak main ahhh" Aku ingat semua tu Kimie. Terima kasih kimie. Wazir, kau ingat lagi tak masa kita gey PD sama sama dengan nana? Malam tu kita makan kuaci dengan air coke. pastu kau cakap "kita ni dah macam dalam cerita Rock Oo" Aku ingat semua tu wazir. Terima kasih wazirr sudi terima aku sebagai sahabat kau. 



Buat Atin. Hara & Yana, terima kasih akak akak semua atas segala yang diberikan. Buat kak atin, saya takkan lupa bila masa kita gi karok sama sama. saya takkan lupa semua tu kak. Saya takkan lupa orang yang nangis masa tengah karaoke. Serious talk suara akak sedap sangat. Semoga berbahagia dengan kimie ye kak. Hihi. Buat kak hara. walaupun akak tak banyak spend time dengan kami, sy tetap takkan lupa akak, saya faham akak busy. Sy nak minta maaf tak dapat datang masa forum juvana akak tuu. masa tu sy busy sangat. Maaf ye kak. Buat kak yana, even kita kenal tak lama, sy gembira dapat kenal dengan akak. Sy takkan lupa kita main rollerskate. Sampai lebam lebam kaki tu. Haha. Saya gembira bila akak dapat buat Iemran gembira kak. terima kasih.


Buat Uyek, Kau sahabat terbaik aku kat Melang yekk. kau sahabat terbaik yang pernah aku ada yek. Takda kau tak tahu apa jadi kat aku yekk. Aku ingat lagi time final exam. Masatu aku dah down sangat. Tapi masa tu lah kau datang bg semangat kat aku yek. Thanks yek. Aku takkan lupa kan kau yek sampai bila bila. Aku takkan lupa saat kita main futsal sama sama. Aku takkan lupa kau menganjing aku bila aku tak dapat nak score masa SAP. Aku takkan lupa kau bg aku pinjam duit bila aku tengah sempit. Halal kan kalau ada yang terlubih atau terkurang yek. Aku mohon maaf sangat kalau aku ada termarah kau. Aku minta maaf. terima kasih atas gambar yang kau bg tadi yek. Aku akan simpan sampai bila2 yek. Jangan lupa aku. kau sahabat yang terbaik pernah aku ada. Gelang yang kau bg ni aku akan simpan yek. gelang biru ni jadi saksi persahabatan kita. Kau lah classmates terbaik aku. Thanks atas segalanya Afif..

Buat Nana, sy takkan lupa saat mula mula kita kenal. saya takkan lupa mula mula kita keluar dinner. Terima kasih kerana ambil berat tentang saya. Awak dah jadi kakak yang terbaik pada saya. Terima kasih ye awak. Memori yang kita cipta antara kita berdua biarlah hanya kita berdua yang tahu. Saya takkan lupa saat awak nyanyikan lagu untuk saya. berikan semangat masa nak final. Sy takkan lupa saat kita sama sama tunggu sunrise. Kenangan yang kita cipta bersama akan tetap saya kenang sampai bila bila. Saya takkan lupa ayat awak " Takpelahhhhhhh " Saya takkan lupa bila saya jatuh masa main futsal, awak lah orang yang paling risau. awak terlalu ambil berat tentang sy. awak ialah akak yang terbaik pernah sy ada. Saya akan ingat kata kata awak " bila anak aku kawin nanti, kau jadi wali ye? " Saya harap ia akan jadi realiti bukan fantasi suatu hari nanti :) . Satu saya nak awak tahu yang saya cintakan awak. Saya nak awak jaga diri elok elok masa saya tiada, Jangan lupa lagu Adinda yang sy beri kat awak, Saya tahu sy tak layak untuk awak. Terima kasih buat saya bahagia sepanjang perkenalan singkat kita ini. Simpan bunga yang saya bg tadi elok2 ye. kalau rindu, tatap lah benda2 tu. Terima kasih gambar yang awak bg tadi. Omey ngattttt :) Last word, saya sayang awak *kiss*



Buat kawan kawan. Sorry menangis lebih lebih tadi. Aku sayang korangg *Bighug* Ingat janji kita semua. 7 tahun lagi. Semoga kita bertemu lagi 

#BUDDYZTAKKANTERPISAH #KALOIRIANS #NST17 #NST19 #NST18